AKTIF tapi GEMUK. Kenapa?

Oii Fify! Hang nak tau dak? Aku runsing dengan keadaan badan aku ni. Nak nangis pun ada. Kau tahu kenapa? Aku aktif macam biasa, ya macam biasa, terkinja kinja macam beruk tapi aku semakin gemuk! Berat sekarang 66kg! Wadde.....

Kat poly takyah habaq la wey, muka aku ni turun padang hampir tiap hari. Futsal la, bola tampar la, skateboard la, bola keranjang la, bola jaring la, badminton la, tennis la, skuash la itu la ini la.. Game apa je aku tak pernah try selain takraw sejak pindah kampus baru ni? Ohh ya bola padang & hoki tak sempat nak try. Takde siapa ngajak.

Baru baru ni pun aku ada gi POLIMAS main netball sempena karnival warna warni. Dapat no 3! Pawer kan? Drama je semua ni. Pastu seminggu tu ada karnival sukan. Futsal johan. Badminton single naib johan. Bola tampar naib johan. Pingpong beregu ketiga. Bukan nak riak tapi dah terror nak buat cemana kan? Haa ni pulak baru je balik dari PTSB ada game paintball. Bafak ahh! Aktif giler jahhhh!

Yang lain lain tak ingat nak citer. Kegelapan kulit takyah cakap la. Serupa negross baq hang. Anyonyo~ Apa mahu bikin~ Itu tolak tepi. Gua memang tak kisah pasal kegelapan kulit. Selama ni pun tak cerah mana. Kah! Janji ada orang sayang. Cewahhh! Semua orang ada orang sayang. Over jemahhh.

YANG MENJADI PERSOALANNYA........ AKU SEMAKIN GEMUK NI KENAPA???? Bila orang jumpa aku je mesti dia kata, MESTI OKAY! "Eh Finaz, kenapa macam berisi ni?" Ewahhh! Sebaik kau tanya sesopan. Kalau kasar gua shoot pala. Hmm hmm. Panjang cerita dia kenapa aku dah masuk ke alam kegemukkan ni....

Citer dia....... Salahkan kamsis! Sebab kamsis la aku gemuk. Makanan? TAK! Makanan tak sedap plus mahal. Yang buat aku gemuk ialah....... TIDUR... Sem ni memang banyak tidur. Kelas pulak pagi je setiap hari. Balik, lunch, tidur. Petang turun padang macam biasa. Serious tak tipu. Tapi dah hari hari, tiga bulan berturut kau makan tidur makan tidur, agak agak jadi apa?

Dulu zaman sekolah relaks je 56-58kg. Ni dah berat giler bafakkk! 66kg dohhh! Shitozza! Ada yang kata okay ada yang suruh kurus balik. Hm hmmmm. Cemmana nak kurus ni? Habis exam ada kursus kat PTSS. Makan takyah kata la. 5/6 kali sehari. FREE! OHMYPERUT! Fail la gua nak kurus. Ohh please~ Help me Fifyyyyyyy :'/

P/s: Jangan tidur selepas makan. Selain dari gemuk plus perut buncit, kita juga akan semakin malas. Contoh terdekat ialah..... AKU...