Aku

Aku
Marah atau sedih?
Aku tak pasti.

Aku
Lebih kecewa dari marah.
Lebih kecewa dari sedih.

Aku
Lelah dengan pancaroba.
Lelah dengan segala.

Aku
Cuba harungi.
Cuba jalani.
Dengan tenang.
Dengan gembira.

Biar
Yang Esa menentukan.
Yang Esa menghukum.

Aku
Insan yang lemah.
Sering melakukan khilaf.

Maaf
Aku sudah lali.
Aku sudah berpengalaman.

Kau
Takkan dapat menjatuhkan.
Takkan dapat menewaskan.

Semoga
Kau baik baik kehendak-Nya.
Kau sejahtera dengan sikapmu.

Tahniah
Kau berjaya.
Kau hebat.

Kasihan
Balasan menantimu.
Balasan setimpal.


15/09/2013